Gagal Memotong Kenderaan Lain, 4 Nyawa Melayang (6 Gambar)

Gagal Memotong Kenderaan Lain, 4 Nyawa Melayang (6 Gambar) | Empat maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat Baling kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Gagal Memotong Kenderaan Lain, 4 Nyawa Melayang (6 Gambar)

Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Baling menuju ke Kulim cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Sentra berkenaan.

Salah seorang mangsa, Esah Lahaman, 77, dari Kampung Tebing Tinggi Kupang di sini meninggal dunia ketika mendapat rawatan di ICU Hospital Baling.

Mangsa bersama beberapa anggota keluarga dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kulim ke rumah mereka.

Gambar-gambar di tempat kejadian..







Gagal Memotong Kenderaan Lain, 4 Nyawa Melayang (6 Gambar) Gagal Memotong Kenderaan Lain, 4 Nyawa Melayang (6 Gambar) Reviewed by Unknown on Monday, June 23, 2014 Rating: 5

No comments