Monday, June 30, 2014
Bogel Dalam Komuter - Di Shanghai, China, seorang lelaki pertengahan usia sempat melalui empat stesen komuter dalam keadaan bogel sebelum ditahan pihak polis.

bogel


Menurut saksi, lelaki itu pada mulanya berpakaian lengkap sebelum menanggalkannya satu persatu.

Tindakan itu menyebabkan dia berjaya ‘menguasai’ satu barisan tempat duduk dalam komuter yang agak sesak itu kerana tiada siapa berani menghampirinya.

Beberapa netizen kemudiannya merakam gambar lelaki itu dan memuatnaiknya di laman sosial, sekaligus mencetuskan persoalan seperti:

“Adakah Shanghai terlalu panas?”

“Mungkinkah dia kehilangan segala-galanya dalam pertaruhan Piala Dunia?”

Lelaki itu akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa di stesen Century Avenue selepas berlakunya pergelutan antara mereka.

0 comments:

Post a Comment