Bintang Filem Tamil Monica Peluk Islam

Bintang Filem Tamil Monica Peluk Islam- Pelakon popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Pada 30 Mei 2014 yang lepas, dalam sebuah sidang media, Monica berkata , "I didn’t convert for the reason of love or money, I am not such a person. I like Islamic principles, so I converted to Islam. I will intimate about my marriage to media once arranged by my parents and I really thank my dad for his full support. I was not convinced to change my name but finally, I have changed my name to M.G. Raheema (M – Maruthi Raj (Father), G-Gracy (Mother)). Hereafter, I won’t act in films"

Seperti yang dinyatakan oleh beliau, beliau telah, telah memilih nama MG Raheema sebagai nama Islamnya. M mewakili nama ayahnya Maruthi Raj, manakala G pula mewakili nama ibunya Gracy. 

monica convert islam


"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada 30 Mei 2014 yang  lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

monica convert islam

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama Islam.

Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.

p/s: Alhamdulillah, Allah menjentik hatinya untuk memeluk Islam. Admin gembira dengan keputusan yang dilakukan oleh beliau. Kita sebagai umat Islam yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam, semoga kita lebih menghayati maksud Islam itu sendiri. Admin sayang semua =) 
Bintang Filem Tamil Monica Peluk Islam Bintang Filem Tamil Monica Peluk Islam Reviewed by Unknown on Friday, June 20, 2014 Rating: 5

No comments