Sunday, June 29, 2014
Atlet Hamil 8 Bulan Sertai Acara Larian 800 Meter - LONDON – Seorang atlet yang kini hamil selama 34 minggu tetap tidak melepas peluang mengambil bahagian dalam acara larian 800 meter (m) pada Sukan Olimpik London yang berlangsung di Stadium Hornet, Sacramento, California, kelmarin lapor akhbar MailOnline.

Alysia Montano


Alysia Montano, 28, yang merupakan juara kebangsaan sebanyak lima kali itu hanya mengambil masa selama dua minit, 32.13 saat untuk menamatkan larian tersebut.

Biarpun dia berada di tangga terakhir, namun dia tetap gembira dan berasa amat baik.

“Saya berlari sepanjang kehamilan dan saya berasa amat baik ketika kesemua proses larian itu.

“Penyertaan ini juga dapat menghapuskan tanggapan negatif orang ramai terhadap wanita yang berlari semasa mengandung,” katanya yang akan melahirkan anak sulung tidak lama lagi.

Montana berkata, dia mendapat kebenaran daripada doktor untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. 

0 comments:

Post a Comment