Monday, May 19, 2014
Lelaki Gajag Pilih Untuk Mengemis

Tolak Tawaran Bedah Muka Sebab Anak  Seorang lelaki di India menolak tawaran untuk melakukan pembedahan plastik bagi merawat mukanya kerana mahu terus mengemis demi mengumpul belanja untuk perkahwinan anak perempuannya.

Mannan Mondal, 50, yang mendapat jolokan "lelaki gajah" menolak tawaran itu kerana menganggap wajahnya yang unik sebagai rezeki.  Manna yang menghidap neorofibromatosis iaitu sejenis penyakit yang berasal dariapda saraf yang menyebabkan benjolan lembut pada kulit. Manna berkata, buat masa sekarang, persiapan perkahwinan anak perempuannya Rasheeda, 20, yang lebih utama.

"saya perlu membeli pelbagai barangan untuk perkahwinan seperti jam, katil, cincin, dan sebagainya"

Duit yang saya dapat hasil mengemis tidak cukup untuk menyara keluarga, tapi saya tiada cara lain untuk membantu anak saya.

"saya tiada pilihan lain, dan perlu mengutamakan nafkah keluarga saya" katanya.

Kesan daripada penyakit neurofibromatosis ini, Mannan kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan hampir kesemua giginya.

Hasil daripada pemeriksaan Pengarah Pembedahan Plastik Pusat Penyelidikan Fortis Memorial di Gurgaon Dr Ajay Kashyap yang membuat pemeriksaan secara menyeluruh ke badan Mannan menyatakan bahawa ketumbuhan yang dialami oleh Mannan tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser, tetapi tulang sebelah bahagian mukanya tidak membesar dengan betul menyebabkan ketumbuhan itu jatuh, dan untuk membaiki muka Mannan, pihak perubatan perlu membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu dan membina semula bahagian mukanya yang hilang.

Namun ia tidak membuatkan Mannan menjadi normal 100%, sekadar memberi muka normal, katanya.

Mannan lahir daripada keluarga yang daif di Kolkata dan peluang yang dimilikinya amat terhad.

0 comments:

Post a Comment