Monday, May 26, 2014
Polis Maut Dilanggar Perompak di Parit Buntar (3 Gambar) | PARIT BUNTAR: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran. 

"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit. 

"Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya. 

Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan. 

"Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu," katanya.








0 comments:

Post a Comment