Sunday, May 11, 2014
Kerjaya Tanpa Segulung Ijazah | Berikut adalah 16 kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan, walaupun anda tidak mempunyai kelulusan ijazah dari universiti, tak mengapa, anda masih lagi boleh bekerja dan dapat memiliki kereta besar, rumah besar, beg duit besar.. Lagipun tak semua pemegang ijazah dapat gaji yang lumayan bila sudah bekerja kan.. Apa pun, yang penting USAHA!

1. Juruterbang
Untuk menjadi seorang juruterbang memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima sangat lumayan. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy.

Kerjaya Ijazah Juruterbang

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Ejen Insurans
Untuk menjadi ejen insuran pemohon perlu lulus ujian yang berkaitan.

4. Ejen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar.

Bagi yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia.

Kelebihan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ianya diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector

6. Welding QC Co-ordinator

7. Plant Inspector

8. Offshore Inspection

9. Non-destructive Testing

10. Plastics Welders

11. Welder ( terdapat pelbagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesebuah organisasi mengikut standard NIOSH.

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

14. Wireman
Mengendalikan pemasangan elektrik dan pengujian. Wireman juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah).

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan bahan-bahan berbahaya dalam peralatan elektrik dan elektronik.

Tak kisah la kerja apa pun, yang penting halal. Iye dok? =)

0 comments:

Post a Comment