WANTED !! Wajah Fotofit Saspek Bunuh 2 Anggota Polis Disebar (11 Gambar)

WANTED !! Wajah Fotofit Saspek Bunuh 2 Anggota Polis Disebar (11 Gambar) | Ampang – Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu ‘Harimau’ di Lembah Maju pagi semalam.

Sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.

Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba bertindak melarikan diri.

Dua anggota polis berkenaan cuba mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.

Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis. Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran. Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar tempat kejadian dan gambar fotofit saspek. Mohon sebarkan. -MyMediaHub













WANTED !! Wajah Fotofit Saspek Bunuh 2 Anggota Polis Disebar (11 Gambar) WANTED !! Wajah Fotofit Saspek Bunuh 2 Anggota Polis Disebar (11 Gambar) Reviewed by Unknown on Saturday, April 12, 2014 Rating: 5

No comments