[VIDEO] Kereta Muncul Tiba-Tiba Diatas Jalan Raya Russia

[VIDEO] Kereta Muncul Tiba-Tiba Diatas Jalan Raya Russia | Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial. Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.


Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.


Sesudah menyaksikan video di atas dapatkah anda fikirkan dari mana kereta misteri itu datang?

Kereta Muncul Tiba-Tiba Diatas Jalan Raya Russia

Sumber: news.com.au

[VIDEO] Kereta Muncul Tiba-Tiba Diatas Jalan Raya Russia [VIDEO] Kereta Muncul Tiba-Tiba Diatas Jalan Raya Russia Reviewed by Unknown on Friday, April 18, 2014 Rating: 5

No comments