Thursday, April 10, 2014
TERKINI!! Penculik Tuntut RM36.4 Juta Bebaskan Warga China | Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.

Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini.

"Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan.

"Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.

Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf. – 10 April, 2014.




0 comments:

Post a Comment