Remaja Tendang Ibu Sendiri Dalam Program Realiti TV (Video)

Remaja Tendang Ibu Sendiri Dalam Program Realiti TV (Video) | Lubnan: Dasar anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.

Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.

tendang ibu sendiri

Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.

Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.

“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.

Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.

Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.

Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.

Pada akhir program berkenaan, pengacara Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut. Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial- Agensi

Tonton video kejadian:

P/s: Bapak dengan anak takdak beza..
Remaja Tendang Ibu Sendiri Dalam Program Realiti TV (Video) Remaja Tendang Ibu Sendiri Dalam Program Realiti TV (Video) Reviewed by Unknown on Monday, April 07, 2014 Rating: 5

No comments