Raja Bomoh Beraksi di Tempat Kemalangan Mendiang Karpal Singh

Raja Bomoh Beraksi di Tempat Kemalangan Mendiang Karpal Singh | Baca boleh, percaya jangan sekali. Itulah yang mampu dilakukan oleh kita jika mendengar setiap berita yang berkaitan dengan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia.

Lelaki tua ini menjadi semakin dikenali bilamana media yang menggunakan nama SuaraTV ini merakamkan setiap aktiviti Raja Bomoh dari A sampailah ke Z. Sehingga menimbulkan persoalan, berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Raja Bomoh untuk mempromosikan dirinya kepada masyarakat Malaysia?


Lelaki yang bernama Ibrahim Mat Zin ini semalam turun ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa Karpal Singh. Hanya berbekalkan semangkuk air paip, sedikit jampi serapah, maram perapu maram kepunden marang sekeperrr, dia berjaya menjadikan puaka sebagai 'kambing hitam' dalam kejadian malang yang menimpa mendiang Karpal Singh.

Hebat bukan?

Katanya, banyak puaka-puaka yang berkeliaran di kawasan kemalangan. Tambahnya lagi, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu sememangnya terkenal dengan gangguan mahkluk halus yang seringkali menganggu para pemandu tertutamanya pada sebelah malam.

MENGHALAU PUAKA


“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Ibrahim juga mendakwa dia telah menghalau semua puaka-puaka di kawasan berkenaan agar tidak menganggu para pengguna lebuh raya itu. 

PERSOALAN

Bila pihak berkenaan nak tangkap lelaki tua ini? Semakin hari dah semakin mengarut. Takutkah 'mereka-mereka' yang dimaksudkan itu disantau pula oleh Ibrahim? http://mymediahubonline.blogspot.com

Raja Bomoh Beraksi di Tempat Kemalangan Mendiang Karpal Singh Raja Bomoh Beraksi di Tempat Kemalangan Mendiang Karpal Singh Reviewed by Unknown on Sunday, April 20, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. Merapu je bomoh ni bila bercakap.Mcm mana la ada org bleh pecaya ckp dia.Adoi...

    ReplyDelete