PENGAKUAN !! Bukan BMW X6, Tapi AUDI R8 - Anak Che Ta

PENGAKUAN !! Bukan BMW X6, Tapi AUDI R8 - Ammar Effendy | PETALING JAYA: Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain.


Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.
“Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.
“Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,” selorohnya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp pada pagi Khamis.
Ammar diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya Rozita sudah membelikannya kereta mewah BMW X6 bersempena kejayaannya yang cemerlang dalam SPM.
Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45.
“Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.
“Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari,” katanya bergurau.
Sebelum ini, Ammar pernah mendapat hadiahkan sebuah telefon bimbit selepas cemerlang dalam peperiksaan penilaian Menengah Rendah (PMR) dan set permainan PS2 selepas berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). – Mstar

PENGAKUAN !! Bukan BMW X6, Tapi AUDI R8 - Anak Che Ta PENGAKUAN !! Bukan BMW X6, Tapi AUDI R8 - Anak Che Ta Reviewed by Unknown on Friday, April 11, 2014 Rating: 5

5 comments

  1. 8A je pon dapat kete.., adik lelaki aku dapat 9A mak aku tak beli apa2 , just cakap TAHNIAH dan peluk sambil bergenang air mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah diorg...lgpun dia ade duit..

      Delete
    2. Biarlah dia..dh dia ade duit..mak die kaya..xyahla iri hati

      Delete
  2. Biolahh..dh rzki die...kite Syukur jeelh ape y ada. Stip owg ada rzkiny

    ReplyDelete
  3. Anonymous25 June, 2014

    best nye. i hope i get one too.

    ReplyDelete