Wednesday, April 02, 2014
NGERI: Bunuh Rakan Kerana Sebar Gambar B0gel (2 Gambar) | Mexico City: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa menikam mati ‘sahabat baiknya’ kerana menyebarkan gambar bogel mereka berdua di Facebook.


Mangsa, Anel Baez, 16, ditemui dengan 65 kesan tikaman di leher pada 19 Mac lalu selepas mengajak rakannya Erandy Elizabeth Gutierrez yang sering digelar ‘saudaranya’ ke rumahnya dalam usaha berbaik. 

Laman berita Mexico, Notus melaporkan, pasangan sahabat itu yang tinggal di Guamúchil, barat negara itu berselisih faham selepas Anel memuat naik gambar berkenaan ke Facebook. 

Menurut laporan itu, Erandy yang tiba di rumah Anel meminta menggunakan bilik air, namun sebaliknya pergi ke dapur untuk mengambil pisau sebelum menikam rakannya berkali-kali dan meninggalkannya dalam keadaan berlumuran darah.

Erandy melarikan diri, malah cuba menutup perbuatannya dengan menghadiri upacara pengebumian Anel dan menangis bersama rakan mereka.


Bagaimanapun, polis menahannya ketika upacara berkenaan. 

Erandy mula memuat naik mesej di Twitter mengugut bekas sahabat karibnya itu sejak awal tahun ini. 

“Walaupun saya nampak tenang, saya sebenarnya sudah berangan membunuh awak sekurang-kurangnya tiga kali,” katanya di akaun Twitter yang kini sudah dipadamkan. - Agensi

0 comments:

Post a Comment