MH370: "Mereka Masih Hidup, Pesawat Dirampas - Risikan Russia

MH370: "Mereka Masih Hidup, Pesawat Dirampas - Risikan Russia | Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.


Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;

“Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. – MyNewsHub

MH370: "Mereka Masih Hidup, Pesawat Dirampas - Risikan Russia MH370: "Mereka Masih Hidup, Pesawat Dirampas - Risikan Russia Reviewed by Unknown on Thursday, April 10, 2014 Rating: 5

No comments