Monday, April 28, 2014
Mangsa Dera Antara 100 Individu Paling Berpengaruh - (7 Gambar) | Amah yang menjadi mangsa dera majikannya di sini disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh oleh majalah Time.


Erwiana Sulistyaningsih, 23, menerima penghormatan itu atas keberaniannya menentang kekejaman majikannya selain menuntut undang-undang lebih tegas bagi melindungi amah yang senasib denganya di Hong Kong.




Jurucakap Badan Penyelarasan Migran Asia, Eman Villanueva berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan untuk membuka mata masyarakat supaya lebih memberi perhatian terhadap isu penderaan pekerja asing yang semakin berleluasa ketika ini.




Difahamkan menurut laporan AFP, majikannya, Law Wan-tung, 44, telah didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas Erwiana dan perbicaraannya ditangguh..

0 comments:

Post a Comment