LGBT Boikot Hotel Bantah Hukuman Hudud di Brunei

LGBT Boikot Hotel Bantah Hukuman Hudud di Brunei | BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.


Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina.

Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Sebelum ini Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengutuk Kerajaan Brunei kerana melaksanakan undang-undang hudud di negara itu, dengan alasan bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.


LGBT Boikot Hotel Bantah Hukuman Hudud di Brunei LGBT Boikot Hotel Bantah Hukuman Hudud di Brunei Reviewed by Unknown on Tuesday, April 22, 2014 Rating: 5

No comments