INFO: Satu Buah Zak@r Sudah Memadai? (Ingin Tahu)

INFO: Satu Buah Zak@r Sudah Memadai? (Ingin Tahu) | Memiliki hanya satu buah zakar sememangnya dianggap keadaan tidak normal bagi setiap lelaki. Mereka yang menghadapi keadaan itu, sama ada disebabkan kemalangan atau secara semula jadi, pasti rasa tertekan.

Sepasang buah zakar menjadi pusat penghasilan telur atau lebih dikenali sebagai kilang sperma. Namun, bagaimana keadaannya bila seorang lelaki itu hanya memiliki satu buah zakar? 

Pelbagai persoalan akan timbul. Adakah ia normal? Adakah lelaki itu mampu menghasilkan sperma seperti lelaki lain? Atau adakah lelaki itu mandul? 

Ketika bayi dalam perut ibu, kedudukan buah zakar lelaki berada dalam perut. Buah itu hanya turun ke kerandut ketika usia bayi mencecah lima bulan.

Namun, kadangkala penurunan itu tergendala, yang mana hanya satu buah zakar turun dan satu lagi tersangkut dalam perut.

Jarang kedua-dua buah zakar tak turun. Ada kalanya buah zakar turun tapi tidak masuk ke dalam, sebaliknya terkeluar dari kerandut seperti di celah kelengkang, tundun atau paha. 

Bagi yang mempunyai sebuah zakar saja, anda perlu bersyukur kerana masih ada buah zakar yang kekal selain bentuk dan saiznya yang normal. 

Dengan satu buah zakar yang normal, seseorang itu masih mampu menghasilkan hormon testosteron dan sperma, sekali gus dapat menghasilkan zuriat. 

Lainlah jika kedua-dua buah zakar tidak normal atau tiada dalam kerandut (tersangkut di dalam perut), ia tidak boleh menghasilkan sperma atau benih. Dalam erti kata lain, memiliki satu buah zakar tidak menandakan seorang lelaki itu mandul. 

Ada juga lelaki yang mempunyai kedua-dua buah zakar yang kelihatan normal tetapi sebenarnya bermasalah dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk menghasilkan sperma. 

Jelas di sini, memiliki sepasang buah zakar tidak menjamin lelaki itu subur atau mampu menghasilkan zuriat. 

Namun begitu, bagi kes lelaki yang tiada kedua-dua buah zakar di kerandut tetapi di bawah paras tundun dan sebagainya (dikenali sebagai ‘superficial perineal pouch’), mereka masih mampu menghasilkan sperma mencukupi. 

Jika was-was dengan kemampuan anda untuk menghasilkan sperma, cara terbaik ialah menerusi pemeriksaan doktor serta menjalani ujian air mani.

INFO: Satu Buah Zak@r Sudah Memadai? (Ingin Tahu) INFO: Satu Buah Zak@r Sudah Memadai? (Ingin Tahu) Reviewed by Unknown on Saturday, April 05, 2014 Rating: 5

1 comment