MH370 : Teruskan Berdoa, Jangan Berputus Asa - Mufti Zimbabwe

SHAH ALAM: Mufti Zimbabwe, Ismail Musa Menk menyeru ahli keluarga dan umat Islam di Malaysia supaya tidak berputus asa dan terus berdoa serta menerima hakikat Allah lebih sayangkan mereka yang berada di dalam pesawat MH370 melebihi kasih sayang ahli keluarganya.


"Terimalah ketentuan Allah. Ini adalah untuk kita rasa sensitif dan kita kena sedar, perkara ini boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Perkara sebegini berlaku pada ramai orang," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Islam Back To Basics di sini, malam tadi.

Ismail berkata setiap ahli keluarga yang bersedih di atas apa yang berlaku sewajarnya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya menerima perkara ini sebagai ketentuan Yang Maha Esa.

"Sebagai seorang Muslim, terimalah ketentuan ini. Kita harus melihat pekara ini dari sudut positif kerana seluruh dunia masih belum mendapat khabar berita tentang pesawat berkenaan.

"Mungkin ini kali pertama dan terakhir berlaku, hanya Allah SWT yang tahu. Jadi, penting untuk kita membantu ahli keluarga. Jangan putus berharap," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah memberi sebarang kenyataan tanpa sebarang pengesahan kerana ia boleh menyebabkan emosi ahli keluarga penumpang tidak stabil.
"Hentikan menyebar perkara yang belum mendapat pengesahan pihak berkuasa. Sebarang tuduhan tidak dibenarkan dalam Islam melainkan seseorang tersebut didapati benar-benar bersalah dan bukti yang kukuh," katanya lagi. - AstroAwani

MH370 : Teruskan Berdoa, Jangan Berputus Asa - Mufti Zimbabwe MH370 : Teruskan Berdoa, Jangan Berputus Asa - Mufti Zimbabwe Reviewed by Unknown on Saturday, March 22, 2014 Rating: 5

No comments