Saturday, March 01, 2014
Saturday March 01, 2014

[INFO] Senarai Kawasan Catuan Bekalan Air di Selangor dan KL Bermula 2 Mac 2014 | KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata pelaksanaan pelan catuan bekalan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air.

Wilayah yang terlibat terbahagi kepada Zon 1 dan Zon 2.

Kawasan yang terletak dalam Zon 1 dijadual mendapat bekalan air pada 2, 3, 6, 7, 10, 11, 14, 15, 18, 19, 22, 23, 26, 27, 30 dan 31 Mac.

Zon 2 pula dijadual mendapat bekalan air pada 4, 5, 8, 9, 12, 13, 16, 17, 20, 21, 24, 25, 28 dan 29 Mac.

Untuk zon yang dijadual ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada 4 petang dan berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada 9 pagi, dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadual tiada air, bekalan dijangka mula terhenti pada 9 pagi untuk tempoh kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada 4 petang, dua hari selepas itu.




Bagaimanapun, kenyataan itu berkata atas faktor perbezaan jarak antara kolam air dengan setiap premis pengguna dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka lewat sedikit.

Kenyataan itu menjelaskan tiada bantuan air menggunakan lori tangki dan tangki air statik disediakan bagi zon yang dijadualkan tiada air kecuali bagi situasi amat memerlukan seperti urusan kematian, kenduri, pusat dialisis, hospital kerajaan/swasta dan rumah kebajikan.

Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Mereka bagaimanapun boleh memohon pembelian air daripada Syabas dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan Syabas.

Berikut senarai kawasan terbabit dengan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bermula Ahad ini sehingga 31 Mac.

GOMBAK

(ZON 1)
1. Taman Keramat AU1
2. Taman Keramat AU2
3. Taman Keramat AU4
4. Taman Keramat AU5
5. Seksyen 10 Wangsa Maju
6. Villa Wangsa Maju
7. Bukit Wangsa Mas
8. Bandar Manjalara
9. Sunway Harmoni
10. Sunway SPK
11. Desa Aman Puri
12. Taman Industri Ehsan Jaya
13. Seksyen 5 Wangsa Maju
14. Seksyen 6 Wangsa Maju
15. Sebahagian kawasan AU4 Keramat
16. Taman Bukit Wangsa Mas

(ZON 2)
1. Kampung Sungai Merali
2. Kampung Puah
3. Kampung Padang Balang
4. Kampung Bandar Dalam
5. Taman Ibukota
6. Air Panas Setapak
7. Taman Setapak
8. Kampung Lee Kong Chian
9. Kampung Sungai Mulia
10. Taman Suria Setapak
11. Taman Setapak Permai
12. Kampung Kuantan Gombak
13. Taman Bukit Maluri
14. Sektor A Bandar Sri Damansara (SD7-SD13)
15. Seksyen 1, Wangsa Maju
16. Seksyen 2, Wangsa Maju
17. Seksyen 4, Wangsa Maju
18. Danau Kota (kawasan A)
19. Jalan Usahawan
20. Wangsa Melawati
21. Wangsa Delima


KUALA LUMPUR

(ZON 1)
1. Taman Sri Sinar
2. Taman Sri Bintang
3. Taman Bukit Sri Bintang
4. Taman Prima Pelangi
5. Taman SSPK Segambut
6. Taman Segambut
7. Taman Segambut Permai
8. Taman Segambut Damai
9. Taman Segambut Muda
10. Taman Segambut Aman
11. Taman Bukit Segambut
12. Taman Indah Murni
13. Taman Prima Impian
14. Taman Desa Segambut
15. Kampung Segambut Dalam
16. Kampung Segambut Bahagia
17. Kampung Segambut Tengah
18. Kampung Segambut Gate
19. Kompleks Kediaman Kakitangan Awam, Jalan Duta
20. Kensington Park
21. Changkat Kiara Bayu
22. Changkat Kiara Surya
23. Prima Duta
24. Menara Duta
25. Duta Ria
26. Kawasan Mont Kiara
27. Arkib Negara
28. Kompleks Kerajaan Jalan Duta
29. Masjid Wilayah KL
30. Lembaga Peperiksaan
31. Ibu Pejabat BPR
32. Persiaran Duta
33. Pusat Perkembangan Kokurikulum
34. Stadium Hoki
35. Flat DBKL Dato Keramat
36. Jalan Padang Tembak
37. Jalan Semarak
38. Jalan Gurney
39. UTM, Jalan Semarak
40. Bangunan Felda
41. Jalan Kent 1 hingga 7
42. Desa Pandan
43. Keseluruhan kawasan Permaisuri
44. Taman Shamelin Perkasa
45. Taman Bandar Damai Perdana A & B
46. Taman Seri Bahagia
47. Taman Bukit Angsana
48. Taman Minang
49. Taman Damai Indah
50. Taman Bukit Anggerik 1 & 2
51. Taman Desa Baiduri
52. Taman Bukit Segar
53. Taman Bukit Segar Masera
54. Bandar Baru Segar Utama
55. Taman Bukit Segar Jaya
56. Alam Damai & Taman Len Seng
57. Bukit Cheras

(ZON 2)
1. Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5
2. Jalan Cenderuh
3. Jalan Kuala Kangar
4. Jalan VethavanamF
5. Jalan St Thomas
6. Jalan Khalsa
7. Taman Kok Lian
8. Taman City
9. Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris
10. Kem Batu Kentomen
11. Taman Impian
12. Taman Eastern
13. Taman Rainbow
14. Taman Bamboo
15. Taman Million
16. Taman Sheng Cheng
17. Taman Kaya
18. Kawasan Perindustrian Segambut
19. Taman Sri Hartamas
20. Kiaraview
21. Kiaramas
22. Taman Duta Nusantara
23. Taman Duta Tropika
24. Hartamas Heights
25. Taman Pandan Jaya
26. Taman Cempaka
27. Taman Bakti
28. Taman Nirwana
29. Taman Putra Sulaiman
30. Taman Cahaya
31. Pandan Cahaya
32. Taman Dagang
33. Taman Tenaga
34. Taman Miharja
35. Taman Kobena
36. Flat Sri Melaka
37. Taman Saga
38. Taman Teratai
39. Taman Bukit Permai
40. Taman Mega Jaya
41. Taman Seraya
42. Taman Melur
43. Kampung Cheras Baru
44. Taman Muda & Taman Mawar
45. Taman Putra


PETALING

(ZON 1)
1. Desa Petaling
2. Kampung Malaysia
3. Taman Salak Selatan
4. Kampung Baru Salak Selatan
5. Taman Gembira
6. Keseluruhan Jalan Kuchai Lama
7. Taman Lian Hoe
8. Taman Salak Jaya
9. Pantai Dalam
10. Mah Sing U5
11. Tropicana Golf

(ZON 2)
1. Seksyen 1, Petaling Jaya
2. Seksyen 2, Petaling Jaya
3. Seksyen 3, Petaling Jaya
4. Seksyen 5, Petaling Jaya
5. Seksyen 6, Petaling Jaya
6. Seksyen 7, Petaling Jaya
7. Seksyen 8, Petaling Jaya
8. Seksyen 9, Petaling Jaya
9. Seksyen 18, Petaling Jaya
10. Seksyen 51A
11. Taman Sri Sentosa
12. Kampung Pasir Baru
13. Taman OUG
14. Yaman Yarl
15. Taman Perindustrian Bukit Jalil
16. PPRT Kampung Muhibbah
17. Ara Damansara
18. Bandar Utama 1-11


KLANG/SHAH ALAM

(ZON 1)
1. Sungai Kapar Indah
2. Bandar Bukit Rajah
3. Putra Height/Bukit Lancung
4. Bukit Tinggi 1
5. Bukit Tinggi 2
6. Bandar Botanik
7. Bandar Puteri

(ZON 2)
1. Taman Aman Perdana
2. Bandar Setia Alam
3. Seksyen 27
4. Seksyen 28
5. Megahub


KUALA SELANGOR

(ZON 1)
1. Kawasan Sungai Darah (kiri dari Batang Berjuntai)
2. Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang
3. Universiti Selangor (Unisel) dan Taman Ilmu
4. Kampung Bestari Jaya
5. Seluruh kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang
6. Seluruh kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang
7. Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong
8. Sungai Tengi Kanan
9. Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2

(ZON 2)
1. Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai)
2. Pekan Batang Berjuntai
3. Batu Ijok dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong
4. Bukit Badong
5. Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kampung Kuantan
6. Jalan Kelab
7. Jalan Bukit Rotan
8. Seluruh Bandar Seri Coalfields/Desa Coalfields Sungai Buloh
9. Seluruh Seri Pristana
10. Seluruh Alam Perdana
11. Kampung Sentosa
12. Kampung Seri Aman
13. Saujana Utama 3
14. Taman Alam Jaya
15. Kawasan Industri Batu 23, Ijok
16. Jalan Meru Puncak Alam (Mc Donalds)


HULU SELANGOR

(ZON 1)
1. Seluruh Bukit Beruntung
2. Seluruh Bukit Sentosa
3. Seluruh Sungai Buaya
4. Seluruh Bukit Teratai (Estate),
5. Seluruh Bandar Country Home
6. Seluruh Taman Desa Mas
7. Seluruh Saujana Rawang
8. Seluruh Taman Teknologi
9. Seluruh Taman Velox
10. Seluruh Batu Arang
11. Seluruh Kota Puteri
12. Seluruh Sungai Bakau
13. Seluruh Emerald
14. Seluruh Taman Garing
15. Seluruh Rawang Intergrated/Sungai Dua

(ZON 2)
1. Seluruh Rasa
2. Seluruh Bandar Baru Batang Kali
3. Seluruh Tamu Hill Park
4. Seluruh Taman Semarak Batang Kali
5. Seluruh kawasan Perindustrian MIEL
6. Seluruh Taman Desa Alam Ria
7. Seluruh Taman Bukit Rawang Jaya
8. Seluruh Taman Bukit Rawang Putra
9. Seluruh Taman Mutiara
10. Seluruh Bandar Baru Rawang
11. Seluruh Kampung Rajah/ Pekan
12. Seluruh Kampung Kenanga Rawang
13. Seluruh Kampung Sungai Terentang/Kampung Baru
14. Seluruh Kampung New Green Park/Taman Sri Hijau
15. Seluruh Jalan Pahang/ Maktab Polis KKB
16. Seluruh Taman Arif/Teratai KKB
17. Seluruh KKB Utama
18. Seluruh Kampung Dagang Setia/ Kampung Kelapa KKB
19. Seluruh Taman Ampang Pecah KKB
20. Seluruh Taman Ampang Indah KKB
21. Seluruh Taman Millenium KKB
22. Seluruh Taman Damai KKB
23. Seluruh Bukit Bujang KKB
24. Seluruh Taman Tanjak
25. Seluruh Taman Desa Rening Jaya
26. Seluruh Kerling
27. Seluruh Hulu Bernam
28. Seluruh Taman Bernam Jaya
29. Seluruh Taman Keliang Kalumpang
30. Seluruh Taman Bahtera Hulu Bernam
31. Seluruh Kampung Pinang Hulu Bernam
32. Seluruh Kuang
33. Seluruh Kundang
34. Seluruh Tasik Puteri
35. Seluruh Serendah
36. Seluruh Ulu Yam Lama
37. Seluruh Antara Gapi
38. Seluruh Sungai Choh.


Anda di nasihatkan membuat persediaan sebaiknya..

0 comments:

Post a Comment