SPRITZER : Benarkah Sumbernya Dari Jirat Cina?

Wednesday 05 March, 2014


"Weiii, apa korang pergi beli air mineral SPRITZER nie wehh... Air lain banyak lagi kot.. ko nak tahu sumber air dia nie dari Jirat Cina tauuuu takkk !!! "... Tu lah serba banyak dialog-dialog yang akan kedengaran bila beli air mineral Spritzer nie.. Memang dah banyak kali kot timbul tenggelam timbul balik pasal isu nie..

Kali ni admin nak kongsikan kisah sebenar disebalik isu SPRITZER : Betulkah Sumbernya Dari Jirat Cina?. Kisah nie admin ambil ( Kredit kepada hafizrahim.com ) di atas kupasan menarik ini.


Spritzer. Siapa yang tak kenal, jenama terkemuka air mineral yang telah menerima pelbagai award. Pergi mana-mana kedai bersepah orang jual Spritzer. Kira dah jadi macam jenama no.1 di Malaysia.


Tapi walau sehebat mana sekalipun jenama itu, tak bermaksud takkan ada cubaan untuk menjatuhkan mereka. Buktinya, sejak kebelakangan ini ada satu isu yang kurang enak dah merebak dari satu mulut ke satu mulut. Isu lama yang kononnya menceritakan tentang sumber air “serapan kubur cina” yang digunakan oleh kilang Spritzer berikutan lokasinya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur).

Well, bila kali pertama berita ini sampai ke telinga aku, terdetik didalam hati “What?.. Ada lagi isu macam ni?”

Senang cakap, “Orang kita” terlalu mudah untuk menerima tanggapan negatif yang disebarkan melalui laman-laman media sosial. Bukan hari ini je, tapi dah bertahun trend sebegini jadi ikutan.

Tanpa sebarang kaji selidik, bila ternampak je orang “Share” sesuatu benda yang tak elok, kita pun secara automatik terus percaya 100%. Sedangkan secara realitinya kita sendiri tak tahu menahu pun sama ada berita itu sahih ataupun tidak.

Aduhai.. Punah.. Punah.

Jadi berbalik kepada isu Spritzer.. jika ditanya aku tentang apa yang sedang berlaku kepada syarikat pengeluar air mineral Spritzer ini? Jawapan aku mudah, mereka mangsa keadaan.

Mangsa keadaan dimana hal-hal yang tidak sepatutnya dipandang secara negatif, diputar belitkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Buktinya, baru-baru ini aku bersama beberapa rakan blogger yang lain telah menjejakkan kaki ke kilang Spritzer itu sendiri. Niatnya tak lain tak bukan, untuk mengenalpasti info yang dah tersebar dan juga lokasi sumber air yang mereka gunakan. Ini bukan tipu, tapi betul. Gambar aku kesana ada kat bawah.




Hasil info dan juga fakta yang diperolehi sepanjang lawatan geng kitorang ke sana termasuklah penerangan secara ringkas tentang produk-produk keluaran mereka iaitu air mineral Spritzer, Spritzer Fibre, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Pop, Tinge dan juga produk yang paling tidak disangka iaitu air mineral Mesra (Petronas).


Bagaimana pula dengan lokasi sebenar sumber air?

Haa, part ini part paling menarik untuk aku ceritakan kepada korang.

Seperti yang telah tersebar ke laman-laman sosial media sebelum ini, khabar angin mengatakan lokasi kilang Spritzer berdekatan dengan jirat cina.

Yes, itu memang betul. Satu fakta yang tak boleh dinafikan. Malah jika diperhatikan daripada gambaran Google Maps dibawah ini sekalipun, lokasi kilang Spritzer memang jelas kelihatan dekat dengan kubur yang dimaksudkan. Sekiranya jarak ini diukur menggunakan jalan yang lurus, mungkin tak sampai 1km kot.




Cuma untuk jarak yang sebegitu dekat, janganlah kita melenting dulu kononnya cerita yang tersebar sebelum ini betul.

Ada dua perkara penting yang patut korang fikirkan juga sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan:


1. Kewujudan empangan Lembaga Air Perak dikawasan berhampiran. Nampak kan dalam gambar diatas?

2. Hanya kilang pemprosesannya sahaja yang agak dekat. Tetapi tidak bagi sumber airnya. Lihat peta dibawah.




Lokasi sebenar sumber air adalah lebih jauh berbanding kilang pemprosesannya sendiri sehinggakan untuk kami sampai ke lokasi pump-house sumber air tersebut, kami terpaksa manaiki pacuan 4 roda ke dalam kawasan berbukit yang jaraknya hampir 2 km daripada kilang.

Haa.. faham?


Okay. Kalau tak faham juga maksudnya disini.. Untuk point yang pertama, jika korang merasakan sumber air yang digunakan oleh Spritzer telah tercemar dengan air serapan kubur-kubur cina, jadi fikirkan pula bagaimana dengan sumber air di empangan Lembaga Air Perak yang juga dikawasan yang sama? Tak ke turut tercemar?


Point yang kedua, mungkin ada yang menafikan air di empangan lebih bersih kerana ianya bercampur dengan air hujan berbanding dengan air mineral Spritzer yang diambil terus dari bawah tanah. Jadi, macam mana pula kalau sekiranya aku katakan sumber air yang diambil adalah dari punca air yang berada lebih 400 kaki dibawah tanah? (400 kaki, dalam tu..)


Bukan ke kita sedia maklum bahawa sistem penapisan air yang terbaik adalah sistem penapisan semulajadi a.k.a tanah?



Dan untuk point yang ketiga, di Malaysia kan dah ada JAKIM. JAKIM ini pula kan lebih arif dalam bidang agama. Sedangkan mereka sendiri meluluskan dan memberi sijil halal kepada produk Spritzer, kenapa kita nak jadi orang yang pertikaikan? Adakah korang sendiri ragu-ragu dengan penilaian JAKIM? Pautan direktori Halal Jakim bagi carian Spritzer -> www.halal.gov.my

Haa.. Jadi sebelum korang mempercayai satu-satu berita-berita yang tak diketahui sumbernya, silalah buat sedikit research dulu. Jangan terima bulat-bulat.

Sekali lagi aku katakan, kilang pemprosesan Spritzer memang dekat jaraknya dengan kubur cina. Tapi dalam masa yang sama, ada beberapa faktor lain yang perlu ditimbang tara sebelum kita menghukumi produk mereka. Bukan apa, takut nanti tersilap cakap dah jadi fitnah. Fitnah itu kan berdosa.


Fakta tambahan:

Lokasi kilang Spritzer terletak didalam tanah yang berkeluasan 330 ekar yang bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak.

Bersebelahan dengan loji air Lembaga Air Perak yang seluas 200 ekar

Kawasan kilang dan sumber air dikelilingi hutan tropika

Kedalaman punca air adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah

Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dalam air Spritzer dapat menyerap aluminium berlebihan didalam badan dan mencegah penyakit Alzheimer

Pemprosesan sepenuhnya oleh mesin tanpa dikendalikan oleh manusia

Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia

Telah menerima Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award untuk 12 tahun yang berturut-turut
Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (Botol yang tidak membahayakan pengguna)

Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate

-> Pilihan di tangan korang, Kalau rasa was-was, better elakkan


SPRITZER : Benarkah Sumbernya Dari Jirat Cina? SPRITZER : Benarkah Sumbernya Dari Jirat Cina? Reviewed by Unknown on Wednesday, March 05, 2014 Rating: 5

No comments