Wednesday, March 12, 2014
2
Wednesday March 12, 2014


MH370 : Kata-Kata Terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah SUBANG - “Good Day,” itulah ucapan terakhir diberikan Kapten Zaharie Ahmad Shah KLIK SINI, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum pesawat yang dipandunya MH370 hilang daripada radar.



Penolong Pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu berkata, beliau merupakan penyelia bertugas pada malam kejadian dan menegaskan di awal penerbangan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.


“Selepas pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.40 awal pagi Sabtu, di awal 40 minit pertama semuanya berjalan lancar.


“Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pangkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian di NATCC, semalam.


Siti Sarah berkata, sepanjang 18 tahun beliau berkhidmat itulah kali pertama keadaan terputus hubungan itu berlaku.


“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik.


“Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,” katanya.

2 comments: