Bayar RM4.2 Juta Untuk Malam Bersama Bintang Korea

Kos Makan Malam Bersama Bintang Korea RM4.2 Juta | Hong Kong: Sekumpulan wanita di sini dilapor membayar lebih HK$10 juta (RM4.2 juta) untuk medapatkan peluang makan bersama pelakon drama Korea Selatan Kim-Soo-Hyun.


Dalam perkembangan terbaru berikutan ketaksuban masyarakat China terhadap drama bersiri Korea, tawar menawar mengenai harga itu dilapor diadakan, lapor akhbar Want China Times.

Kim Soo-hyun terkenal kerana berlakon dalam drama mengisahkan percintaan makhluk asing, ‘My Love From Another Star.’ Menurut sumber, sekumpulan wanita Hong Kong membayar seorang lelaki menjadi orang tengah untuk menjemput Kim ke satu majlis makan malam tertutup.


Orang tengah itu mendakwa Kim meminta bayaran HK$10 juta. Wanita itu berbincang sesama mereka dan memutuskan untuk membayar HK$1 juta (RM420,000) setiap seorang.

Laporan mengenainya timbul selepas dakwaan kononnya peminat Kim terpaksa membayar 25,000 yuan (RM13,100) untuk hadir di majlis menyambutnya di Shanghai Ahad lalu.

Bagi kebanyakan orang, ini mungkin satu pembaziran.

Tetapi bagi peminat di China, mereka sanggup bergaduh jika ada pihak yang mempersoalkan kecerdikan mereka berbelanja besar jika ia berkait dengan pelakon yang mereka minati.

Agensi

Bayar RM4.2 Juta Untuk Malam Bersama Bintang Korea Bayar RM4.2 Juta Untuk Malam Bersama Bintang Korea Reviewed by Unknown on Saturday, March 29, 2014 Rating: 5

No comments