[ARTIS] Syanie Selamat Bernikah Dengan Pasangannya (01/03/2014)

Saturday March 01, 2014




[ARTIS] Syanie Selamat Bernikah Dengan Pasangannya | Tahniah buat pelakon dan peserta Masterchef, Syanie, 39, yang selamat bernikah dengan pasangannya Nadi Putera pada hari ini 01 Mac 2014.




Pelakon yang popular dengan watak komedi itu sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27. Nadi Putera selamat melafazkan akad nikah sekali sahaja pada majlis yang berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi.





Ini merupakan pernikahan kali kedua buat Syanie. Majlis akad nikah ini disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi manakala khutbah nikah pula disampaikan olehSyeikh Nor Ismardi Ismail yang merupakan  Pegawai Agama Daerah Langkawi.

Majlis dihadiri keluarga dan sahabat handai termasuk bekas peserta Masterchef seperti Zamir, Emelda dan Brian. Semalam berlangsung majlis berinani di hotel yang sama dengan suasana santai. 

Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.











Tahniah...

[ARTIS] Syanie Selamat Bernikah Dengan Pasangannya (01/03/2014) [ARTIS] Syanie Selamat Bernikah Dengan Pasangannya (01/03/2014) Reviewed by Unknown on Saturday, March 01, 2014 Rating: 5

No comments