[ARTIS] Majlis Pelancaran DP & BML Zizan Razak (8 Gambar)

Wednesday March 19, 2014



Majlis Pelancaran DP & BML Zizan Razak | Pada 14/03/2014 jumaat lalu bertempat di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Zizan Razak berkesempatan menghadiri majlis pelancaran “Dorothy Perkins & Burton Menswear London Spring Summer Collections”. Majlis ini dihadiri oleh rakan selebriti lain seperti Daniel Lee, Diana Denielle, Jack Lim, dan ramai lagi. Kalau mengenai fesyen nie, jika ada kelapangan memang zizan akan cuba meluangkan masanya untuk mengambil tahu dan mempelajari fesyen terkini. Patut la Zizan pandai bergaya dan up-to-date dengan fesyen terkini.




Mengenai koleksi fesyen terkini “Burton Menswear London” Zizan memang tertarik dengan elemen-elemen yang digunakan untuk menhasilkan koleksi “spring summer”. Menurut Zizan yang menghadiri majlis itu, koleksi tersebut mengunakan elemen vintage dan streetwear, elemen ini adalah elemen yang selalu Zizan gayakan. Yang unik sekali gabungan elemen ini telah disatukan untuk pakaian kemas yang boleh digayakan untuk majlis-majlis formal dan casual, memang menarik. Tema untuk koleksi kali ini untuk Burton Menswear adalah “Loud and clear; simple, stylish, and confident”.


Kesimpulannya majlis pelancaran pada hari itu berjalan lancar dan memeriah dengan kehadiran media dan juga rakan-rakan selebriti yang lain, bagi pihak Zizan Razak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput Zizan kepada penganjur majlis. Antara gambar eksklusif Zizan sekitar majlis pelancaran itu..











SUMBER : wirefame

[ARTIS] Majlis Pelancaran DP & BML Zizan Razak (8 Gambar) [ARTIS] Majlis Pelancaran DP & BML Zizan Razak (8 Gambar) Reviewed by Unknown on Wednesday, March 19, 2014 Rating: 5

No comments