[ARTIS] Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Aura White





Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Aura White | Sejak kontroversi yang ditimbulkan aktres cantik Hanez Suraya tentang isunya bercinta dengan suami orang ramai yang sudah mula memperkatakan ketidakwajaran Hanez Suraya diambil sebagai duta kepada produk kecantikan Aura White. Malah ada ramai peminat produk tersebut cuba untuk memboikot Aura White kerana tidak suka pada dutanya.





Biarpun telah mengadakan sidang media bagi pihaknya untuk memperjelaskan perkara sebenar namun Hanez Suraya tetap menerima kecaman dan kritikan yang hebat di media sosial sehingga secara tidak langsung telah mencalarkan reputasi Aura White.




Nampaknya, kontroversi ini benar-benar meninggalkan kesan yang tidak baik buat aktres Hanez Suraya apabila kontraknya sebagai duta dan jurucakap Aura White telahpun dibatalkan oleh syarikat produk tersebut.


Rasanya tindakan ini adalah wajar demi menjaga nama baik sesuatu produk kerana seorang duta dan jurucakap itu haruslah mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada kontorversi yang melampau.


Apapun, semoga berjaya buat Hanez Suraya dan jika dia terus dengan sikapnya seperti hari ini tak mustahil suatu hari nanti dia akan tenggelam dari industri kerana hanya peminat yang menyokong sahaja yang menaikkan seseorang artis itu.

P/s : Takpe laa.., nanti kawen dengan orang kaya, goyang kaki jer la..Heh!

[ARTIS] Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Aura White [ARTIS] Hanez Suraya Ditamatkan Kontrak Aura White Reviewed by Unknown on Tuesday, March 18, 2014 Rating: 5

No comments