Wednesday, August 07, 2013
Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Nora masih cantik, potongan body macam anak dara.



Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Nora tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya Nora sangat kesepian dari segi zahir dan batin. 

Lebih-lebih di waktu malam, rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, Nora bangun dari tidurnya. Nora merasa begitu 'urm' sekali!

Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus…

Nora bangun perlahan-lahan dan keluar dari biliknya menuju ke "ruang itu" yang menjadi tempat dia melempiaskan dahaganya. Langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di situ, Nora terus membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk.

Nora menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut, Nora kembali ke dalam bilik untuk menyambung tidur.

Begitulah kisah mengenai Nora, seorang janda yang kehausan.

Hahaha..

0 comments:

Post a Comment