[RETIS] Pattinson Belanja RM140,172 Beli Pen Untuk Stewart (3 Gambar)

Saturday April 13, 2013


LOS ANGELES - Aktor filem Twilight, Robert Pattinson membelanjakan £30,000 (RM140,172) untuk membeli sebatang pen untuk kekasihnya, Kristen Stewart, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dia menghadiahkan Pen edisi terhad Tibaldi Bentley Crewe bersalut emas putih itu sempena ulang tahun kelahiran Stewart yang ke-23 pada Selasa lalu.


Satu sumber memberitahu, Stewart yang juga seorang aktres gemar mengumpul pelbagai bentuk pen.

"Pattinson mahu memberikan sesuatu yang menarik sempena hari kelahirannya pada tahun ini dan dia menghadiahkan sebatang pen edisi terhad itu," kata sumber tersebut.

Aktor kacak berusia 26 tahun itu dilaporkan mengukir namanya pada pen tersebut yang dipercayai hanya dihasilkan sebanyak 40 batang di dunia.


Menurut sumber, pen yang dihasilkan dengan menggunakan serpihan bahagian kereta terawal Bentley turut mempunyai emas 18 karat.

Pattinson turut menghadiahkan gelang antik kepada bintang filem Snow White and the Huntsman itu dan meminta Stewart tinggal bersamanya semula.

Pasangan tersebut pernah berpisah selepas Stewart menjalin hubungan sulit dengan seorang pengarah filem. - Agensi

-Gilerrrrrrrrrr ahhh~

[RETIS] Pattinson Belanja RM140,172 Beli Pen Untuk Stewart (3 Gambar) [RETIS] Pattinson Belanja RM140,172 Beli Pen Untuk Stewart (3 Gambar) Reviewed by Unknown on Saturday, April 13, 2013 Rating: 5

No comments