Sunday, March 24, 2013
Sunday March 24, 2013

Gambar Hiasan yang Extrem :P

Apakah hukum jika seorang Muslim memakai beg yang terdapat gambar anjing (lukisan semata-mata) pada beg berkenaan?

Mahirah, 
Manjung Perak


Memakai beg yang terdapat gambar anjing masih dibenarkan selagi tidak melanggar prinsip Islam seperti mengagungkannya. Ia juga bukan dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau mengguris perasaan orang Islam bermazhab Syafie yang menganggap anjing sebagai najis.

Begitu juga sekiranya ia tidak digunakan membawa pembaziran. Namun, ada baiknya mengelakkan daripada membeli barangan yang ada gambar haiwan.

Islam masih membenarkan corak lain seperti pandangan alam, gunung dan sebagainya. Beg dan perhiasan sebegini perlu dipilih. 

Ini yang diajar Nabi SAW yang enggan memasuki rumah isteri apabila ada kain yang mempunyai corak haiwan.

(Fikrah Dr Salam)

0 comments:

Post a Comment