Sunday, March 24, 2013
Sunday March 24, 2013




Kumpulan alternatif rock terkenal, My Chemical Romance pada Jumaat mengumumkan dalam laman web bahawa mereka akan berpecah selepas 12 tahun bersama.

My Chemical Romance yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Mereka sempat merakamkan empat album studio dan popular di seluruh dunia menerusi album Welcome to the Black Parade pada tahun 2004.

"Menjadi sebahagian daripada band ini merupakan satu rahmat. Ia membolehkan kami melihat dan merasai pengalaman yang tidak pernah terfikirkan.

"Kami berkongsi pentas dengan individu yang kami kagumi. Orang yang kami nantikan dan paling penting, bersama rakan-rakan kami. Jadi kini, sama seperti semua perkara hebat yang lain, sudah tiba masanya untuk ia berakhir," kata My Chemical Romance dalam satu kenyataan.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan padu selama ini.

Album terakhir My Chemical Romance ialah Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys yang diterbitkan pada tahun 2010. Ia berjaya menduduki tempat ke-8 dalam carta Billboard 200 dengan jualan mencecah 112,000 salinan. Agensi

-zaman study dulu minat sangat la nie..

0 comments:

Post a Comment