Friday, March 15, 2013
Friday March 15, 2013


Bintang pop remaja, Justin Bieber sekali lagi menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh penjenayah sama, Dana Martin, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin. 


Martin, 45, merancang meletupkan Bieber, 19, dengan mengupah Tanner dan Mark yang akan meletakkan sebutir bom di tempat dia membuat persembahan. Dia yang merupakan banduan di sebuah penjara di New Mexico dilaporkan menghantar sepucuk surat mengenai rancangannya kepada sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat.

Lelaki itu mahu membunuh penyanyi tersebut selepas bintang kelahiran Kanada itu tidak membalas suratnya. Martin dijatuhkan hukuman penjara selama 978 tahun kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. Pada November tahun lalu, dia mahu Bieber dibunuh termasuk pengawal peribadinya.


- Bibir, len kali pakai suar tu leklok ok..

0 comments:

Post a Comment