Tuesday, March 19, 2013
2
Coretan Askar Yang Bertugas Di Sabah

Gambar Hiasan
TERHARU dan RASA BERSEMANGAT, kurang lebih dalam jam 4 petang tadi kami diarahkan meronda di sekitar bandar Lahad Datu dengan beberapa buah kereta perisai. Ketika aku dengan kawan berhenti sekejap di kedai runcit bersebelahan dengan restoran makanan kerana nak beli air mineral, dengan tiba2, orang ramai yang makan di restoran tu melaungkan sambil bertepuk tangan dengan berkata ..

”ASKAR…ASKAR…” 

dan ada beberapa orang remaja perempuan berkata ”abang..kamu bunuh semua penjahat2 tu ya bang” aku pun cakap ”jangan risau bha dik…ke lubang cacing pun kami akan buru dorang…” dgn tiba2 seorang remaja perempuan tu berkata ”aik..abg org sabahkah…” aku ckp balik dgn dorang ”iya bha..abang pun orang sabah asal tawau, dan kaalu mau tau kebanyakan yang bertempur barisan hadapan semuanya orang sabah…” semua orang awam di kedai dan restoran tu tiba2 rapat dengan kami untuk tangkap gambar sebagai kenangan dan bukan itu sahaja malah tauke kedai runcit dan restoran tu bagi kami makanan berkotak2 sekali dengan minuman…dan sblum kami balik ke Felda Sahabat 17 Kg.Tandou..sempat lagi orang2 di situ berkata dan mendoakan kami 

”YA ALLAH SELAMATKAN LAH PEJUANG2 KAMI DAN BAGILAH DORANG KEKUATAN…” 

Ntahlah dengan tiba2 semua budak sabah sekali dengan aku yang berada dalam kereta perisai MENITISKAN AIRMATA gembira dan bersemangat atas sokongan yang diberikan pada kami sewaktu dalam perjalanan ke Kg.Tando.

kata2 terakhir yang aku cakap dengan adik2, remaja, makcik2 dan pakcik2 yang berada di kedai runcit dan restoran itu tadi sebelum kami bergerak ialah..

”ATAS NAMA ALLAH..KAMI SEMUA BUDAK SABAH YG DUDUK DI BARISAN HADAPAN TETAP AKAN BERJUANG SAMPAI TITISAN DARAH YANG TERAKHIR KERANA SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…” 

Ntah lah dengan tiba2 saja aku dengan kawan2ku mencium tangan pakcik dan makcik tauke kedai runcit tu…sebab umur mereka sebaya dengan ayah dan ibu kami…bayangkanlah walaupun kami dah bergerak dengan kereta perisai masih lagi dorg laungkan 

”ASKAR..ASKAR….” 

Sejak kejadian tadi kami rasa terharu dan dihargai, kerana rakyat sabah pun berjuang bersama kami untuk menjaga kedaulatan negara. Bayangkanlah sampai ada pakcik dan makcik yang makan di restoran tadi sanggup jemput dan bagi alamat dorang ajak kami makan di rumah dorang…

"AKU YANG MEWAKILI SELURUH WARGA A.T.M MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ORANG SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…ALLAHUAKHBAR!!

- Sedikit ubah suai gaya bahasa dan short form daripada sumber asal : di sini

#Selamat berjuang perwiraku.. semoga Allah SWT melindungi kalian dan rakyat di Sabah..

2 comments: