Tuesday, March 19, 2013


Kristel Tejada, 16 

Pelajar Bunuh Diri, Universiti Politeknik Filipina Huru Hara (9 Gambar) | Sekumpulan pelajar membaling sejumlah kerusi lama dan monitor komputer dari bangunan Universiti Politeknik Filipina di Manila semalam. Mereka turut membakar barang itu bagi menuntut keadilan untuk seorang pelajar baharu, Kristel Tejada yang berusia 16 tahun.

Tejada membunuh diri empat hari lalu selepas dia tidak dibenarkan meneruskan pengajian di Kolej Sastera dan Sains universiti tersebut kerana gagal membayar yuran pengajian. Dia mula memasuki universiti itu pada Mei 2012.


Tejada membunuh diri di rumahnya di Tayuman, Manila pada 15 Mac lalu. Pelajar itu tidak dapat melunaskan baki bayaran pengajiannya sebanyak 10,000 peso (RM771) pada semester pertama tahun lalu.

Bapanya yang merupakan pemandu teksi sambilan membuat rayuan kepada pihak pengurusan universiti berkenaan tetapi permintaannya untuk menangguhkan bayaran itu ditolak. Tejada dilaporkan membunuh diri dengan meminum bahan pencuci barangan logam.








- cantekk dow..

0 comments:

Post a Comment