Wednesday, March 20, 2013
Wednesday March 20, 2013

GAMBAR menunjukkan hotel yang didiami seorang pelancong wanita Britain yang bertindak terjun dari tingkap tingkat dua bagi mengelak dia dirogol di Agra, India semalam.


Di New Delhi, seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya.

Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan. Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India. Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut.

Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu.-kosmo

-orang nak urut jer, terjun pulak dah..ahaks!

0 comments:

Post a Comment