Wednesday, March 13, 2013
Wednesday March 13, 2013

Al-Fatihah buat wira muda negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi semalam. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi "salam abah,ma doa la orng slmt...era". 

Akhbar Metro hari ini juga memberitahu sepatutnya arwah berkahwin Februari lalu tetapi menundakan perkahwinannya kerana misi ke Lahad Datu. Amat menyayat hati. Moga Allah menempatkan kamu bersama golongan hambanya yang beriman..

Al-Fatihah..



LAHAD DATU - Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang itu, seorang lagi anggota tentera cedera.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Menurut beliau, pertempuran itu bermula pada pukul 7.30 pagi ketika sepasukan anggota keselamatan membuat operasi pembersihan di Sungai Nyamuk dan berjaya mengesan lima anggota pengganas.

"Sebaik kumpulan lima pengganas itu terserempak dengan pasukan keselamatan, berlaku pertempuran tetapi kumpulan pengganas itu berundur," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

JENAZAH anggota tentera Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah (depan) dan Koperal Amad Farhan (belakang) tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, hari ini, untuk disemadikan di kampung halaman masing-masing. FOTO Zaman Huri Isa

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan terus menjejaki puak musuh sebelum berlaku pertempuran kali kedua bermula pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.30 petang, kira-kira empat kilometer dari kawasan pertempuran pertama.

"Dalam pertempuran kali kedua ini, seorang wira kita gugur manakala seorang lagi cedera.

"Pasukan keselamatan juga berjaya menembak mati tiga daripada kumpulan pengganas itu," ujar beliau. -Kosmo

Moga Allah menempatkan kamu bersama golongan hambanya yang beriman..Amiin.. 

0 comments:

Post a Comment