Tuesday, March 12, 2013
Tuesday March 12, 2013




Identiti pemimpin pengganas Sulu berpangkat jeneral yang dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 7 Mac lalu, terjawab apabila polis mengesahkan dia ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Pengesahan itu dibuat Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan semalam, sekali gus menolak laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa pemimpin berkenaan adalah Abgimuddin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III. 


Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain.

“Semua 16 mayat dibawa sejak malam tadi (kelmarin) adalah sebahagian daripada mayat 31 pengganas ditembak mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu.

“Bedah siasat ke atas 16 mayat itu oleh pasukan patologi diketuai pakar Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Lahad Datu".

- Haji oh haji~

0 comments:

Post a Comment