Volkswagen Golf Dinobat Kereta Terbaik Eropah 2013



Volkswagen Golf Dinobat Kereta Terbaik Eropah 2013 | GENEVA, Switzerland - Kereta model Volkswagen Golf telah dinobatkan sebagai kereta terbaik Eropah bagi tahun 2013 oleh wartawan automotif dari lebih 20 buah negara.

Diperkenalkan pada tahun 1974, kereta yang diberi wajah baharu itu merupakan model keluaran Volkswagen yang paling laris.

Kereta itu mendapat undian sebanyak 414 undi berbanding Subaru BRZ atau turut dikenali sebagai Toyota GT-86 dengan 202 undian.

Model Volvo V40 ditempat ketiga dengan 189 undian.

Anugerah itu merupakan platform penting di Eropah untuk memberikan idea kepada pengguna mengenai kereta masa hadapan.

Model Volkswagen Golf sebelum ini pernah memenangi anugerah sama pada tahun 1992. - AP

KETUA Pembangunan Volkswagen, Ulrich Hackenberg memegang trofi kereta untuk tahun 2013 pada Pertunjukan Kereta Geneva di Geneva semalam.



Volkswagen Golf Dinobat Kereta Terbaik Eropah 2013 Volkswagen Golf Dinobat Kereta Terbaik Eropah 2013 Reviewed by Unknown on Tuesday, March 05, 2013 Rating: 5

No comments