Saturday, March 30, 2013
Kebiasaan kita lihat, segala haiwan atau binatang akan membuat sarang atau tempat tinggal mereka jauh dari tumpuan manusia, ini bagi memastikan keselamatan dan privacy mereka bersama pasangan..hohoO~, tapi kat bawah nie antara tempat dimana burung membuat sarang yang jarang kita lihat atau jumpa. Kalau korang pernah lihat, anggaplah korang nie antara orang yang bertuah dalam muka bumi ni..hehe..Jommm tengok gambar tersebut..




Di Traffic Light
:P




Public Ashtray di Wales
Ia bukan tempat terbaik untuk anak-anak mereka memulakan kehidupan, tetapi setelah manusia sedar akan kehadiran sarang tersebut, banyak notis ditampal agar perokok tidak menggunakan ashtray itu bagi memberi peluang kepada burung mendiami tempat tersebut.




Dalam Kasut Lama
Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tempat ini juga menjadi pilihan burung tersebut. Aishhh...


Pada Enjin Minibus
Seekor ibu burung telah membuat sarang dan mempunyai lima biji telur dalam enjin minibus yang disewa di Berek Tentera Claro, Catterick Garrison, Utara Yorkshire. Tentera telah menyewa kenderaan tersebut sebanyak 30 pound sehari dan perlu menunggu sekarang perlu menunggu telur tersebut menetas dan terbang pergi sebelum mereka boleh kembalikannya, sekarang kos mereka sekitar £ 1,000.


Pada Wiper Audi
Burung ini mempunyai citarasa yang tinggi dengan tidak memilih kereta sebarangan untuk bertelur. Seorang lelaki telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta dan meninggalkannya selama enam hari. Selepas dia kembali untuk mengambil kereta tersebut, dia mendapati seekor burung telah bersarang dan juga telah mempunyai beberapa biji telur. Dia kemudian memutuskan untuk meninggalkan keretanya sehingga telur tersebut menetas dan burung tersebut meninggalkan keretanya.

-haha, macam2 la haiii..

0 comments:

Post a Comment