[SOAL/JAWAB] Isteri Hamil Sakit Ketika Hubungan

Monday Feb 25, 2013



Saya berkahwin setahun yang lalu dan kini hamil enam bulan. Semasa kehamilan, saya mengalami masalah ketika bersama suami iaitu walaupun sudah terangsang, kawasan faraj saya tidak basah dan sakit apabila melakukan persetubuhan.

Saya ingin tahu sama ada keadaan ini normal bagi wanita hamil atau ada masalah lain. Saya bimbang dan kasihankan suami kerana kami jarang dapat meneruskan hubungan intim. Suami pula kasihankan saya kerana sakit ketika bersama. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah ini. 

Noor, 
Kuala Lumpur 

Kadangkala rangsangan yang disangkakan sebenarnya tidak mencukupi. Sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat di dalam dinding berhampiran pintu faraj bertanggungjawab menghasilkan cecair pelincir apabila wanita mengalami rangsangan seksual.

Cecair ini disalurkan oleh laluan kecil memasuki ke dalam faraj. Sekiranya salur ini tersumbat, cecair tidak dapat disalurkan, tetapi wanita yang benar mendapat rangsangan seksual mungkin boleh mendapat pembengkakan pada kelenjar Bartholin terbabit sehingga membentuk cyst. 

Sekiranya pada kawasan berhampiran pintu faraj anda tidak mempunyai bengkak atau cyst, kemungkinan kelenjar Bartholin anda tidak tersumbat dan mampu menghasilkan cecair terbabit. 

Wanita hamil menunjukkan perubahan berbeza. Ada yang merasakan dirinya lebih kerap terangsang secara seksual, ada sebahagian pula yang mendapati dirinya sukar untuk terangsang, malah kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks. 

Kadangkala kebimbangan kita terhadap bentuk badan yang dirasakan kurang menarik atau terhadap janin yang dikandung menghalang kita daripada mencapai syahwat berterusan, tanpa kita sedari. Anda boleh menggunakan cecair bantuan misalnya gel berunsurkan air yang dijual di kebanyakan farmasi. Ia dapat membantu pelinciran dan mengurangkan kesakitan dialami.

(Pakar Sakit Puan, Dr Adilah Ahmat)

[SOAL/JAWAB] Isteri Hamil Sakit Ketika Hubungan [SOAL/JAWAB] Isteri Hamil Sakit Ketika Hubungan Reviewed by Unknown on Monday, February 25, 2013 Rating: 5

3 comments

  1. saya nk bertanya adakah mkn pil perancang bole cairkn susu bdn

    daripada
    jaja, melaka

    ReplyDelete
  2. Hye saya nak tanya, kalau masalah period dah 3 bulan xdatang, then ada doc bagi ubat Postinor2, blh makan ke? Ni bukan ubat utk cegah hamil? Sy nak hamil. So ada effect ke kalau mkn ubat ni? Patut sy mkn x ubt ni? Atau tunggu je masa period tu dtg sendiri? Tp ni dah 3bulan sy xperiod and buat ujian UPT saya -ve.

    ReplyDelete
  3. Sy mengalami flek selama 3 hari seminggu sebelum tempoh haid sebenar..terakhir saya makan pil pada 28/6.2016...

    ReplyDelete