Thursday, February 21, 2013
Thursday, Feb 21, 2013


Siapakah orang terkaya dunia sepanjang 1000 tahun yang lepas? Jawapannya adalah Mansa Musa I. Orang terkaya dunia sepanjang masa yang meninggal 700 tahun lalu dan namanya tidak biasa di dengari.

Laman Celebrity Net Worth berjaya menjawab soalan sukar tersebut, siapakah orang terkaya dunia sepanjang masa. Celebrity Net Worth berjaya mendapatkan 25 orang terkaya dunia dalam kurun 1000 tahun terakhir.

'' Kami memulakannya dengan 50 nama yang kemudian dikecilkan menjadi 25 nama selepas disesuaikan dengan kadar inflasi pada 2012,'' kata jurucakap Celebrity Net Worth seperti dilaporkan oleh Mirror.

Jumlah kekayaan 25 orang tersebut mencapai angka 4,317 trilion dolar AS. Dan selepas disesuaikan dengan kadar inflasi, Mansa Musa I tercatat sebagai orang yang paling kaya dengan nilai kekayaannya mencapai 400 bilion dolar AS.

Mansa Musa I lahir pada 1280 dan meninggal pada 1337. Dia dikenali sebagai raja Afrika Barat pada abad 14 M.

Mansa Musa I menguasai empayar Mali. Pada masa moden ini, kekuasaan Empayar Mali meliputi wilayah Ghana, Timbuktu dan Mali.

Tetapi, setelah Mansa Musa I wafat, kekayaan keluarganya semakin berkurang. Generasi seterusnya menghadapi perang saudara dan pencerobohan pihak luar.

- Memang tak pernah dengar..

0 comments:

Post a Comment