Friday, February 08, 2013
2


Melaka: “Dalam jarak kira-kira 50 meter, saya pelik melihat keadaan pesawat itu seperti terhuyung-hayang sebelum ia melanggar beberapa pokok dan terhempas.

“Sejurus kejadian, seorang lelaki dilihat keluar sendiri dari pesawat yang tidak terbakar itu lalu menuju ke atas tebing berdekatan kondominium berkenaan,” kata Koperal Zameri Nawi, 50, yang menyaksikan kejadian sebuah pesawat ringan jenis Piper 28 terhempas di tebing depan Kondominium Cheng Heights di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.57 pagi itu, P Devenessrao, 20, yang juga juruterbang pelatih Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terselamat.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang menjalani latihan sempat menghubungi pusat menara kawalan memaklumkan berlaku masalah ketika memandu pesawat berkenaan bersendirian.



Pesawat dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu kemudian dikatakan melanggar beberapa pokok lalu terhempas di tebing yang turut berada berdekatan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke bandar raya ini.

- tak jadi nak beli satu buat main petang-petang...

2 comments:

  1. Lawak. "tak jadi beli satu untuk main petang-petang" LOL

    ReplyDelete