Saturday, February 09, 2013

Gambar Xiao Li, 20 ketika bahunya dilanggar keretapi berkelajuan tinggi.
Seorang pelajar China nyaris maut selepas dirempuh kereta api ekspres yang berkelajuan 144 kilometer sejam ketika bergaya untuk foto ‘artistik’ di tepi landasan kereta api.

Xiao Li, 20, meminta rakannya, Xiao Qing mengambil beberapa gambar yang menarik dengan rambutnya mengerbang apabila kereta api berkenaan melewatinya di Shaodong, Hunan di selatan China.

Bagaimanapun, ketika Li cuba melakukan gaya yang sesuai, dia tersandung di landasan yang berbatu itu betul-betul di laluan kereta api dan tercampak apabila kereta api melanggar bahu kanannya. Bimbang dengan keadaan yang lebih buruk, pemandu kereta api itu segera membrekkan kenderaan terbabit, tetapi Li terselamat dan hanya mengalami lebam di bahu.


Li berkata: “Saya rasa tiba-tiba dilanggar dan saya tercampak di tepi landasan. Kereta api itu berhenti dan pemandunya menyangka dia mungkin telah membunuh saya. “Saya tidak menyedari saya hampir dirempuh. Bahu saya benar-benar lebam tetapi saya bertuah kerana masih hidup.

“Mungkin lain kali kami akan mengambil gambar di tempat yang tertutup,” katanya. Jurucakap polis berkata: “Menceroboh masuk ke kawasan landasan adalah dilarang dan Li sudah pun mendapat pelajaran daripadanya.” - Agensi

Gambar sebelum dirinya dirempuh
- Euwww~

0 comments:

Post a Comment