Friday, February 22, 2013
Friday, Feb 22, 2013



Namanya Rasyid Nikaz, seorang ahli peniagaan Perancis (keturunan Algeria) membayar denda bagi muslimah yang didenda kerana bertudung di Perancis dan Belgium. Sebagaimana kita tahu perancis melaksanakan larangan mengenakan tudung di kawasan umum. Sebagai reaksi kerajaan Perancis tersebut, berduyun-duyun kaum wanita Perancis mengenakan tudung, dan bagi muslimah yang ditangkap oleh pihak berkuasa akan dikenakan denda.

Maka sejak Perancis menguatkuasakan undang-undang tersebut, Rasyid Nikaz menyediakan dana 1 juta Euro yang dikhaskan untuk membayar denda bagi muslimah bertudung. Beliau memberitahu kepada semua wanita muslimah Perancis yang hendak bertudung "Pakai tudung sesuka kamu, jika terkena denda sayalah yang akan membayarnya".



Beberapa media menunjukkan gambar jutawan bersama dengan isterinya juga mengenakan tudung keluar dari pejabat polis dengan menegakkan kepala (jauh dari kerendahan) selepas membayar denda bagi 2 muslimah yang didenda. Atas peranannya ini, Syeikh Al-Khuwainy mengibaratkannya sebagai "Satu orang yang mengalahkan satu Negara". Semoga Allah Ta'ala merahmati Rasyid Nikaz dan hartanya di dunia-akhirat.

0 comments:

Post a Comment