Lagenda AK-47-Senjata Tahan Lasak Part 1 (13 Gambar)

Lagenda AK-47-Senjata Tahan Lasak Part 1 (13 Gambar) | Senjata api AK-47 (untuk Avtomat Kalashnikova model 1947 g.) adalah raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Russia Izhmash.atau dikenali sebagai [IZH], dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin. Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan 7.62 x 39 mm M43, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal penyerang (assault rifle) pertama.

Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG 42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing, berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di USSR sebagai perekabentuk teknikal.

AK-47 juga mempunyai reputasi lagenda sebagai tahan lasak, boleh diharap, dan mudah baikpulih di lapangan ( field maintenance ). Disebabkan rekod ini dan kas penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Russia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya dikebanyakan Negara Ketiga.
















Nantikan bahagian ke-2 Lagenda AK-47.. :D

Lagenda AK-47-Senjata Tahan Lasak Part 1 (13 Gambar) Lagenda AK-47-Senjata Tahan Lasak Part 1 (13 Gambar) Reviewed by Unknown on Wednesday, February 06, 2013 Rating: 5

No comments