Senarai Nama Pemain Negara Ke Dubai dan Doha




Harimau Malaya serba baru ke Dubai, Doha

Harimau Malaya hari ini berangkat ke Dubai untuk aksi persahabatan menentang Iraq pada 1 Februari ini dengan barisan pemain serba baru.

Sebelum menghadapi Qatar untuk perlawanan pertama pusingan Kelayakan Piala Asia pada 6 Februari, Harimau Malaya akan bertemu Iraq dalam aksi persahabatan pada 1 Februari ini dengan berisan pemain yang serba baru.

Malang bagi skuad kebangsaan ini apabila pemain utama yang dipanggil, iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zack Haikal Wan Noor, S. Kunanlan, Bunyamin Omar, K. Gurusamy, Amar Rohidan serta Safiq Rahim tercicir daripada senarai akibat kecederaan serta penggantungan
.
Semalam, 24 pemain disenaraikan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Qatar dan beberapa muka baru diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran.

Walaubagaimanapun, pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal belum mahu menyerah kalah dan yakin pemain yang dipilih itu mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.

"Hanya 24 pemain sahaja yang akan berlepas esok (hari ini) bagi berdepan Iraq dalam satu aksi persahabatan (Khamis ini) sebelum menentang Qatar, minggu depan," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

"Saya anggap ini sebagai cabaran dan tidak adil menyalahkan jadual perlawanan liga yang ketat sehingga menjadi punca beberapa pemain utama negara mengalami kecederaan.

"Tambahan pula, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) telah mengambil kira segala faktor ketika memperkenalkan jadual liga termasuk mengelak daripada beraksi pada Ramadan dan sebagainya.

"Saya harap pemain negara dapat memberikan yang terbaik kali ini dan jangan tewas sebelum berjuang," kata Subahan.

Senarai pemain yang ke Dubai dan Doha:
Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Abdul Shukur Jusoh, Amirizdwan Taj Tajudin, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohamad Azmi Muslim, Helmi Remeli, Mohd Shakir Shaari, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Farizal Marlias, Mohd Faizal Muhammad, Azammuddin Mohd Akil, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Ashari Samsudin, Muhammad Fauzi Rozlan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Norazlan Razali, K. Reuben Thayaparan, Yong Kuong Yong, Mohd Nor Farhan Muhammad

Senarai Nama Pemain Negara Ke Dubai dan Doha Senarai Nama Pemain Negara Ke Dubai dan Doha Reviewed by Unknown on Tuesday, January 29, 2013 Rating: 5

No comments