[BERITA] Pengsan Dirempuh Babi di Kampung Cheting, Hulu Terengganu




“Terkejut apabila diberitahu anak dan suami pengsan dirempuh babi,” kata Rokiah Ibrahim, 39, ibu kepada Siti Nur Syafikah Sulaiman, 5, yang tersembam ke atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama bapanya melanggar babi hutan di Kampung Cheting, Hulu Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian jam 7.15 pagi, suaminya, Sulaiman Mamat, 50, dan Siti Nur Syafikah dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak, Ahmad Mokhtar Sulaiman, 7, ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah.

“Ketika dalam perjalanan pulang, suami yang menunggang motosikal Yamaha RXS tidak sempat mengelak babi yang tiba-tiba keluar dari hutan di tepi jalan lalu merempuh motosikal.

“Rempuhan itu menyebabkan suami dan anak tercampak ke atas jalan dan mereka pengsan dipercayai akibat kepala terhantuk pada jalan.

“Nasib baik selepas mereka tercampak, babi itu tidak menyerang, sebaliknya masuk kembali ke dalam hutan,” katanya yang menemani Siti Nur Syafikah di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Rokiah berkata, penduduk yang lalu di kawasan itu membawa suami serta anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT). Suaminya yang luka di kening dan tapak tangan dirawat di HHT manakala Siti Nur Syafikah dirujuk ke HSNZ untuk menjalani pemeriksaan pakar kerana cedera di kepala dan patah bahu kanan.

hMetro

[BERITA] Pengsan Dirempuh Babi di Kampung Cheting, Hulu Terengganu [BERITA] Pengsan Dirempuh Babi di Kampung Cheting, Hulu Terengganu Reviewed by Unknown on Tuesday, January 29, 2013 Rating: 5

No comments