[AGAMA] Apakah Wahan itu Ya Rasulullah?




PENYAKIT WAHAN

Tsauban r.a berkata :

Rasullulah SAW bersabda
“Hampir tiba suatu masa, di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya “ Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?”

Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi SAW menjawab, “ Cintakan Dunia dan Takut Mati.”

Pada pandangan anda, adakah apa yang diperkatakan Rasulullah SAW telah berlaku pada hari ini?

BOSNIA, AFGHANISTAN, LEBANON, IRAQ, PALESTIN, SYRIA, DLL..

Dan tatkala mereka Mengharap, Menyeru dan Memanggil kamu muslimin, tanyalah pada diri anda apakah yang anda sedang lakukan?

Adakah masih berada dia atas katil atau kerusi yang Empuk..
Adakah anda masih Mengumpul Limpahan Harta Kekayaan?
Adakah anda sibuk beratur panjang membeli tiket Pemuas Nafsu Hiburan
Adakah anda sibuk membicarakan Soal Cinta
Mengadaikan diri Pasangan Paling Bahagia
Adakah anda sibuk memuja disebalik kotak tv, tabsub dengan ‘Berhala Moden’ Ciptaan Sendiri?

Sudah bersediakah anda ..
Meninggalkan Kemewahan
meninggalkan Keseronokan
Meninggalkan Kebahagiaan demi mereka?

SEMUA JAWAPAN ADA DITANGAN ANDA!!

[AGAMA] Apakah Wahan itu Ya Rasulullah? [AGAMA] Apakah Wahan itu Ya Rasulullah? Reviewed by Unknown on Tuesday, January 29, 2013 Rating: 5

No comments