Giler! Masalah Dadah Mexico

Giler! Masalah Dadah MexicoPada Disember 2006, Presiden baru Mexico, Felipe Calderón mengisytiharkan perang ke atas kartel dadah, perkara yang tidak berlaku pada semasa pemerintahan sebelumnya. Sejak itu, kerajaan kembali normal dan mendapat kepercayaan rakyat, tetapi ia tidak lama. Pertempuran senjata api, keganasan , penculikan, pergaduhan antara kartel dadah, dan tindakan balas telah mengakibatkan lebih 9,500 kematian sejak Disember 2006 . 

Tahun lepas sahaja lebih daripada 5,300 dibunuh. Presiden Barack Obama baru-baru ini mengumumkan tambahan ejennya telah dikerahkan ke sempadan dan Setiausaha Negara Hillary Clinton ke Mexico hari ini untuk meneruskan agenda besar diplomatik . Mexico kini dibayangi keganasan dadah yang semakin memuncak dan kebimbangan penyeludupan yang lebih besar merentasi sempadan. Pegawai di kedua-dua belah sempadan komited untuk menghentikan keganasan, dan punca aliran dadah menuju ke utara manakala senapang dan wang tunai menuju ke selatan.

Peluru yang dirampas ditunjukkan semasa pembentangan ahli disyaki kartel dadah "Pacifico" di lapangan terbang bandar Mexico pada 12 Mac, 2009.

Trak polis melepasi kenderaan polis yang terbakar dalam kejadian di Zihuatanejo, Mexico,Terdahulu, lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan ke arah kereta peronda , membunuh empat pegawai polis.

Anggota polis Mexico memeriksa sebuah kereta dengan dua orang terbunuh di dalamnya dipercayai persaingan dalam aktiviti dadah, di Ciudad Juarez, Mexico

Seorang askar Mexico berjalan berhampiran sempadan AS-Mexico di Ciudad Juarez, Mexico

Kasut yang digunakan untuk penyeludupan ganja dipaparkan di Muzium Dadah di ibu pejabat Kementerian Pertahanan Mexico

Polis California sedang mengawal di rumah hijau ganja bawah tanah ladang di Tecate, Mexico

Seorang penyiasat forensik di Tijuana mengkaji tulang dan serpihan tulang yang masil tinggal di dalam tong asid. Penemuan ngeri di bahagian bandar Otay Mesa yang mana gaya pembunuhan ini biasanya digunakan oleh kumpulan kartel dadah "El Teo", kartel dadah yang paling dikehendaki. 

 Pekerja forensik mengusung salah satu daripada sembilan mayat yang ditemui di pinggir bandar sempadan Ciudad Juarez

Permandangan sempadan AS-Mexico yang melintasi padang pasir antara Yuma, Arizona dan Calexico, California. Hadangan baru antara AS dan Mexico ini berketinggian 15 kaki dan terletak di atas pasir supaya ia boleh diangkat oleh mesin dan disusun semula apabila gumuk gurun bergerak. Kos pagar terapung ini bernilai  kira-kira 6 juta USD bagi setiap kilometer.

Penanda plastik bernombor diletakan untuk menentukan lokasi kelonsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian di mana lelaki bersenjata yang tidak diketahui identiti melepaskan tembakan yang membunuh empat pegawai polis di Ciudad Juarez, Mexico

Huerta Riosc ditangkap di pangkalan tentera udara di Salinas Victoria, utara Mexico. Huerta Rios ahli kartel "Beltran Leyva" dituduh membunuh ketua polis di bandar ini.

Yaneth Deyinara Garcia (tengah) dan Sigifrido Najera (2 dari kiri) dipercayai geng dadah "Cardenas Guillén", ditayangkan kepada pihak media di ibu pejabat Setiausaha Pertahanan di Bandar Mexico 

Disyaki sindiket dadah Mexico Vicente Zambada Niebla ditayangkan kepada media di Bandar Mexico bersama lima pengedar dadah bersama senjata dan duit.

Seorang pegawai polis berjalan di atas pakej kokain di Buenaventura, pelabuhan utama di pantai Pasifik Colombia. Polis Colombia telah merampas 3.5 tan kokain di dalam bekas berisi sayuran yang dibawa daripada Mexico

Tentera berkawal luar balai polis sempadan bandar Ciudad Juarez, Mexico. Seorang pegawai tentera bersara mengambil alih sebagai ketua polis di situ, dimana ketua polis sebelum ini telak bertindak meletak jawatan selepas menerima ancaman daripada kartel dadah.

Pegawai polis Persekutuan di dalam kapal terbang untuk ke sempadan bandar Ciudad Juarez di Mexico. Penempatan di sana adalah yang paling teruk terjejas akibat keganasan berkaitan krisis dadah.

Seorang anggota sedang melihat proses pembakaran 14 tan dadah di Ciudad Juarez, Mexico

Baru mukadimah, belum masuk bab kerat. tembak. gantung ,bakar live nih.. 

Giler! Masalah Dadah Mexico Giler! Masalah Dadah Mexico Reviewed by Unknown on Tuesday, January 22, 2013 Rating: 5

No comments